Sunday, April 25, 2010



BN telahpun mencatatkan kemenangan dalam PRK Hulu Selangor P94. Tetapi kemenangan BN itu bukanlah kemenangan sejati, bukanlah kemenangan kerana mendapat sokongan rakyat, tetapi kemenangan itu adalah hasil manipulasi jahat BN untuk memastikan kemenangan berpihak kepadanya dan juga kemenangan itu adalah kerana rakyat terpaksa mengundi BN untuk mendapatkan semula hak-hak mereka yang dinafikan selama ini sebagai peneroka dan ahli-ahli Maika Holdings Bhd (Maika).


BN betul-betul mengamalkan konsep politik kotor "Matlamat menghalalkan cara" yang merupakan praktis atau amalan raja-raja di Eropah masa dahulu yang telah dikenal pasti sebagai faktor raja-raja yang jahat terus kekal berkuasa. Itulah caranya dan itulah alat BN untuk terus kekal berkuasa dalam keadaan rakyat belum bangkit sepenuhnya menentang cara kotor BN itu. Kalaulah penentangan rakyat atau kebangkitan rakyat masih lagi rendah dibawah 60 peratus, selama itulah BN akan terus memenangi mana-mana PRK dengan cara ini, dengan cara manipulasi.


Berikut ini adalah beberapa manipulasi yang telah dilakukan oleh BN untuk memenangi PRK tersebut.

1. melakukan penukaran tempat mengundi secara besar-besaran melibatkan 13,488 orang pengundi. Sila lihat http://spr-tukar-lokasi-pengundi.blogspot.com/

Akibat dari penukaran tempat mengundi itu menyebabkan sebahagian dari para pengundi tidak dapat mengundi kerana kesuntukan masa atau pun menghadapi masalah untuk pergi ketempat mengundi yang ada tersenarai namanya dan ramai juga yang terus merajuk tak jadi pergi mengundi.

Pengundi Pening Pusat Pengundian Ditukar

Sunday, 25 April 2010 1:36 PM Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Pengundi terutamanya warga emas keliru apabila pergi ke pusat pengundian yang salah kerana tidak mengetahui mereka telah dipindahkan ke tempat lain.

Warga emas yang dilaporkan pergi ke pusat pengundian tidak tahu nama mereka telah dipindahkan ke pusat mengundi yang lain dalam daerah mengundi Kampung Baharu Serendah.

Seorang warga emas juga dilaporkan pergi ke Sekolah Agama Serendah mendapati namanya didaftarkan mengundi di SRJK (C) Serendah.


2. melakukan penukaran tempat mengundi dengan mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengubah nama pengundi Hulu Selangor ke Parlimen Selayang. Sila lihat http://spr-tukar-lokasi-pengundi.blogspot.com/



3. BN menyediakan talian hayat "pengundi hantu" untuk memastikan kemenangan BN. Sila lihat petikan harakah daily dibawah ini.


Bas bawa keluar ‘pengundi hantu’ dari IKBN?
Harakahdaily

HULU SELANGOR, 25 April: Beberapa bas telah membawa keluar penyokong Umno/BN dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pertak kira-kira jam 3.00 pagi tadi.

Bas yang sebahagiannya penuh dengan penumpang yang dipercayai ‘pengundi hantu’ itu berjaya disekat keluar dari IKBN oleh petugas Angkatan Muda Keadilan.

Keadaan menjadi kecoh dan hampir mencetuskan pergaduhan apabila penyokong Umno/BN tiba di kawasan itu, disusuli pasukan polis tidak lama kemudian.


Walaupun begitu, bas-bas berkenaan akhirnya bergerak keluar meninggalkan kawasan itu kira-kira jam 6.00 pagi dengan diiringi pihak polis ke destinasi yang tidak diketahui.

Harakahdaily difahamkan, selain bas, berbelas buah kereta juga digunakan untuk membawa ‘pengundi hantu’ dari IKBN.

Dipercayai, mereka dihantar ke beberapa daerah mengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang sudah mulai dibuka sejak jam 8.00 pagi tadi.

Sementara itu, Suara Keadilan online melaporkan, Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa berkata, sebanyak lima buah bas kilang didapati diparkir di luar IKBN Pertak sejak pukul 3 pagi tadi.

"Apabila kami sampai sebanyak 15 buah kereta keluar dari IKBN dan kesemua kereta mempunyai antara lima hingga enam orang.

"Kita tidak tahu sejak pukul berapa mereka melakukan operasi membawa pengundi hantu tetapi kami percaya ramai yang telah dibawa keluar," kata Fariz.

Fariz berkata pihaknya telah memaklumkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan tetapi sehingga kini tidak ada respons.


‘Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor

Harakahdaily

HULU SELANGOR, 25 April: Pengundi hantu yang sering kali diperkatakan oleh pembangkang pada pilihan raya sama ada umum atau kecil sememangnya wujud termasuk dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, hari ini.

Apa yang berlaku kali ini ialah pengundi yang tidak dikenali telah terlebih dahulu mengundi bagi pihak pengundi asal sebagaimana yang terdapat dalam buku daftar pemilih tanpa pengetahuannya.

Ini ekoran seorang pengundi, Lee Fong Thye, 56, hari ini membuat laporan polis berikutan ada orang lain telah mengundi bagi pihaknya.

Beliau yang tinggal di No 28, Jalan 2/24 Taman Bukit Rawang membuat laporan di Balai Polis Serendah pada jam 2.29 petang ini.

Menurutnya, lebih kurang jam 12.30 beliau sampai di pusat mengundi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Serendah.

Beliau telah membuat semakan di pondok panas dan namanya ada tersenarai dalam senarai pengundi di saluran 2.

Beliau masuk ke pusat mengundi di saluran 2 dan memberikan KPT (Kad Pengenalan) kepada calling agent SPR serta ketua tempat mengundi (KTM).

Bagaimanapun, katanya, beliau diberitahu namanya telah ditanda sebagai sudah mengundi.

Berikutan itu, beliau membuat bantahan kepada KTM dan telah dibenarkan untuk membuang undi setelah disahkan dokumen pengenalan diri.

“Saya membuat laporan polis kerana terdapat keraguan bagaimana nama saya telah ditanda sebagai pengundi walaupun saya belum mengundi.

“Saya juga takut sekiranya KPT saya telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya dalam laporan polis itu.



4. BN melalui agensi kerajaan menghalang pengundi-pengundi orang asli keluar mengundi.

Orang Asli Dihalang Mengundi

Sunday, 25 April 2010 9:42 AM Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR
: Laporan polis telah dibuat awal pagi ini di Pejabat Polis Kuala Kubu Bahru kerana didakwa terdapat percubaan untuk menghalang pengundi dari dua perkampungan orang asli untuk keluar membuang undi dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor.

Exco Selangor, Elizabeth Wong yang membuat laporan polis tersebut mendakwa beliau menerima laporan daripada rakan-rakan orang asli yang mendakwa terdapat samseng yang sentiasa mengawal jalan ke perkampungan mereka.

Perkampungan yang dikenal pasti adalah Kampung Orang Asli Kirling dan Kampung Orang Asli Pertak.

Elizabeth dalam kenyataannya percaya tindakan tersebut bertujuan bagi menghalang Orang Asli untuk keluar mengundi hari ini.

Anggota exco Selangor Elizabeth Wong membuat laporan polis awal pagi ini di pejabat polis Kuala Kubu Bahru kerana mendakwa terdapat percubaan untuk menghalang pengundi dari dua perkampungan Orang Asli daripada keluar mengundi dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini.

Dalam laporannya, Elizabeth yang juga ADUN Bukit Lanjan mendakwa beliau menerima aduan daripada rakan-rakan dari kalangan Orang Asli yang mendakwa terdapat 'samseng' yang mengawal jalan masuk ke perkampungan mereka.

Seorang individu yang cuba mengambil gambar telah ditumbuk oleh salah seorang lelaki di sekatan di pintu tersebut.

Elizabeth berkata, beliau telah mengenal pasti dua perkampungan terbabit sebagai Kampung Orang Asli Kirling dan Kampung Orang Asli Pertak.

Elizabeth percaya ia bertujuan untuk menghalang Orang Asli daripada keluar mengundi hari ini.

Difahamkan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan sebahagian besar masyarakat Orang Asli mencenderung menyokong Pakatan Rakyat dan mungkin mengundi PKR hari ini.

Elizabeth berkata, beliau mahu polis bertindak segera membuang halangan di dua perkampungan Orang Asli terbabit.




5. Seperti biasa, salah satu sebab BN menang adalah kerana

BN Menang Undi POS

Seperti yang dijangka, Barisan Nasional merangkul majoriti undi pos dengan 767 undi berbanding 120 buat Pakatan Rakyat.

Perbezaan majoriti sebanyak 647 undi itu memberikan satu kelebihan BN yang menguasai agensi dan jentera kerajaan dalam usahanya mencatatkan kemenangan dalam mana-mana PRU ataupun PRK.


6. kemungkinan berlakunya penyelewengan di tempat membuang undi. Ini adalah kerana

Petugas Media Dihalang Masuk Pusat Pengundi

Sunday, 25 April 2010 10:36 AM Oleh erapakatan

KUALA LUMPUR : Petugas media dihalang polis daripada memasuki perkarangan pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pechah atas alasan keselamatan sebentar tadi.

Seorang jurugambar akhbar yang enggan dikenali berkata ia adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sebarang pilihan raya sebelum ini.


Jadi apabila petugas media dihalang memasukki pusat pembuangan und, maka mudahlah pihak uruseta yang mengawalselia perjalanan pilihanraya itu mengatur rencana untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN.




7. Peneroka-peneroka terpaksa mengundi BN kerana janji-janji BN hendak menyelesaikan masalah peneroka-peneroka di Hulu Selangor.

Jangan lupa yang peneroka-peneroka Felda menghadapi pelbagai masalah sejak 16 tahun yang lepas, Jadi dengan kehadhiran Dan dengan janji-janji Najib untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh peneroka-peneroka Felda itu, pastinya mereka hendak tak hendak terpaksa mengundi BN. Mereka, peneroka-peneroka Felda itu dah tak ada pilihan, terpaksalah mengundi BN!


Mentelahan pula Najib telah pun memberikan tunai RM 1,000 kepada 100 orang peneroka di kawasan itu dengan baki RM49,000 wang itu akan diberikan dalam bentuk bank draf selepas hari pengundian, dengan syarat jika BN menang!.



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bayaran pendahuluan itu yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM5 juta akan menamatkan penantian 15 tahun bekas peneroka Sungai Buaya dan waris mereka berhubung isu pampasan tanah tertunggak.







Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengugut para peneroka ketika melancarkan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu semasa kempen PRK itu. Hasilnya dalam keadan terpaksa walaupun tanpa rela terpaksalah peneroka-peneroka itu mengundi BN untuk memastikan BN terikat dan terjerat dengan janji-janjinya untuk menyelesaikan masalah mereka. Jika tidak, BN akan dihukum dalam PRU nanti.



Ternyata kehadiran Najib contohnya di beberapa Felda meningkatkan bilangan peneroka yang mengundi BN. Dengan itu tidak hairanlah jika kawasan -kawasan Felda seperti di Sungai Tengi Selatan, Sungai Tengi, Felda Soeharto, Gedangsa Kampung Sungai Buaya dan lain-lain menyumbangkan kemenangan untuk BN, Mereka terpaksa!


Ini adalah kerana mereka mahukan jalan penyelesaian segera. Jadi mereka terpaksa undi BN dalam PRK ini. Jika hendak harapkan Pakatan Rakyat tentunya memakan masa, kerana Pakatan Rakyat bukannya ada kuasa dan terpaksa melalui jalan penuh berliku. Mereka mengundi BN kerana terpaksa bukannya kerana tidak menyokong Pakatan Rakyat. Tetapi mereka terpaksa!


Oleh kerana pengundian BN oleh peneroka-peneroka ini adalah dengan harapan BN melangsaikan hutang mereka selama 16 tahun itu, maka BN terpaksalah menunaikan janji itu. Jadi yang menang dalam PRK ini adalah rakyat yang menang, kemenangan rakyat mengikat BN supaya menunaikan janji-janjinya.


BN haruslah ingat bahawa undian peneroka-peneroka itu bukanlah kerana mereka menyokong dasar-dasar BN tetapi untuk melihat samada BN akan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh peneroka-peneroka itu. Bagi mereka perkara lain tidak penting. BN tidak penting, PKR tidak penting. Soal-soal calun melau ke, bukan melayu ka? soal APCO ka, soal royalti minyak untuk kerajaan Kelantan ka, Soal rampasan kuasa di Perak, soal rampasan tanh di Likas, di Plentong, cadangan kerajaan hendak menaikkan GST dan yang lain-lain semuanya tidak penting. Yang pentingnya ialah selesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka peneroka-peneroka itu, waalau bagaimanapun caranya.

Jika tak selesai juga sebelum PRU nanti, maka tahu-tahulah BN nanti.


Untuk maklumat lanjut sila lihat MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PENEROKA FELDA http://isuisufelda.blogspot.com/

Analisis awal daripada kumpulan-kumpulan yang berkampung dan memerhatikan perjalanan pilihan raya kecil itu menunjukkan pengundi Melayu, khususnya peneroka Felda, dengan senang hati menerima cara dan kaedah Barisan. Dengan janji-janji manis, lebih 60 peratus pengundi kawasan Felda telah memilih calon Barisan.

Mungkin bagi pengundi Melayu yang memilih Barisan, soal sama ada Zaid seorang yang berprinsip dan tegas dalam menentang rasuah serta ketidakadilan tidak menjadi penentu utama. Mungkin mereka juga belum dapat memahami usaha Zaid dan aktivis-aktivis Felda yang mahu mengembalikan hak milik tanah kepada peneroka dan bukannya berterusan menjadi pekerja kepada korporat gergasi itu.

Felda kin may swing to Pakatan if Hulu Selangor pledges not fulfilled

A view of a palm oil plantation in Hulu Selangor. - Picture by Choo Choy May

By Neville Spykerman

BATANG KALI, April 27 — Heirs of Felda settlers in Sungai Buaya have warned they may vote for Pakatan Rakyat (PR) should the ruling federal government fail to honour Hulu Selangor campaign promises by the next general elections.

A group of second-generation Felda settlers said they voted Barisan Nasional (BN) during Sunday’s Hulu Selangor by-election because of the RM50,000 advance payment for their land that was acquired off them for development and the promise by the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to look into their plight.


“We may reconsider how we vote in the next general election if BN don’t keep their promises,” said a 53-year-old self-employed-man, whose father was an original settler who died without seeing a sen.

The settlers are the pioneer batch who settled in the rural enclave in the Felda land scheme started by Najib’s father Tun Abdul Razak Hussein.

Felda, or the Federal Land Development Authority, is the world’s largest plantation operator, with 811,140 hectares of oil palms, mainly across Peninsular Malaysia, Sarawak and Sabah in Malaysia. It also operates plantations and oil mills in Indonesia.

Last Friday 100 settlers in Sungai Buaya here received an RM1,000 advance of the promised RM50,000 each from private company Idiqa Holding Sdn Bhd.

However Najib reportedly said the remaining compensation would be paid to the settlers at a rate of RM160,000 per acre when the land is developed.

“The only condition is that Selangor is returned to Barisan to facilitate implementation of the development projects,” he said during the ceremony at Sungai Buaya here.

Howeber, Idiqa Holding’s chairman Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, told the remaining 263 settlers or their kin who collected their money yesterday that that they would get all their money within the next six five months.

A total of 363 settlers or their next of kin have been waiting 17 years for compensation after their land totalling 510ha (1,261 acres) was acquired by a housing developer, whose project failed to take off.

The kin of settlers, whose fathers were rubber small holders, pointed out that on average each was owed between RM500,000 and RM1 million, and expected to see progress payments for the arrears and not empty promises.

“We have waited this long but there is a limit to our patience,” said the kin, who declined to be named.

Another second generation settler said he would have boycotted the by-election had it not been for Najib’s promises.

“We are all hardcore BN supporters but we been frustrated for so long,” said the Umno man, adding he would never vote for PR but would not cast a vote in next election if the problem continues to be unresolved.

The same discontentment was heard among the crowd yesterday when the remaining 263 settlers and their kin collected their payments of RM50,000

While waiting for the newly-minted MP P. Kamalanathan and his entourage to arrive, a few settlers told The Malaysian Insider that the BN’s campaign promises were “too little too late”.

“Why should we be happy anyway? This is money we are owed for more than 15 years. Why do they compensate us only now? Even then, this is just RM50,000 they are giving us. What about the rest? My family is owed at least RM400,000,” said one angry Malay settler who refused to be named.

He even complained about the method of distributing the funds and said there was little need for all the pomp and pageantry typical of a BN function.

“And they make us wait for them in this heat, no food, no drink. Who do they think they are, I feel like we are begging for charity but it’s our money actually,” he added.


8. Pengundi-pengundi keturunan India terpaksa mengundi BN kerana janji-janji BN hendak menyelesaikan masalah pelaburan dalam Maika.

Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bhrian.com.my
2010/04/23

Belenggu pelabur Maika dijangka berakhir

KUALA LUMPUR: Usahawan Tan Sri G Gnanalingam yang menubuhkan G Team Resources untuk membeli semua saham dalam Maika Holdings Bhd (Maika) pada harga RM106 juta memberi jaminan dapat membayar balik semua wang dilabur 66,000 pemegang sahamnya dalam tempoh tiga bulan, mulai 1 Mei ini.

Tindakan berkenaan adalah selaras dengan tujuan menyelamatkan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan juga untuk menarik pengundi-pengundi keturunan India untuk menyokong BN dalam PRK Hulu Selangor yang sekali gus d apat menyelamatkan MIC dan membebaskan 66,000 pemegang saham Maika daripada belenggu 26 tahun.

Jadi, hendak tak hendak, pengundi-pengundi keturunan India terpaksalah mengundi BN dalam PRK Hulu Selangor itu untuk memastikan BN menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Maika Holdings Bhd, yang mana sebahagian besar pemegang sahamnya dikatakan pekerja estet yang miskin serta menggadaikan barang kemas dan mengeluarkan simpanan mereka untuk melabur di dalamnya.


Pengundi-pengundi keturunan India juga berharap dengan mengundi BN , mereka akan mendapat peruntukan tambahan bagi menambahbaik infrastruktur bangunan sekolah, membina pondok bacaan serta membaikpulih tandas sekolah-sekolah Tamil.


Indian votes not quite back with Barisan

Analysis by Baradan Kuppusamy

KUALA LUMPUR, April 26 — Did the Indian voters in Hulu Selangor, who formed about 19 per cent of the constituency’s 63,400 voters, return to the MIC as claimed by MIC leaders?

The voters did side with the Barisan Nasional compared with Election 2008 but returns at polling booths show the shift to BN is marginal at between 5 and 8 per cent, significant enough to make a difference in the final victory majority of 1, 725 votes.


In the Nigel Gardener polling station, which had a high concentration of Indian voters, Barisan Nasional won the area but only by a 65-vote majority. In Lima Belas estate, another Indian area, BN also won, but by 120 votes.


These estates and other areas with an Indian majority in Hulu Selangor were virtually “adopted” by MIC leaders who lived with the voters from nomination day, ate with them, played football and other games with them.


They tried to corral the voters for BN with unlimited gifts like hampers, lucky draws, cultural shows, dances and unlimited food and drinks. It was non-stop carnival time in these places and yet BN, despite the huge investment in time and resources, won only marginally.

Berdasarkan dua pengalaman pilihan raya, Zaid yang pernah menang di bawah lambang Umno di Kota Bharu dalam pilihan raya umum 2004 perlu menjadikan Hulu Selangor sebagai pengajaran dan persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, kekalahan di Hulu Selangor perlu dianggap sebagai satu langkah ke hadapan untuk mempersiapkan diri menghadapi saingan yang lebih hebat dalam pilihan raya umum nanti.

The MIC won over the “resident” Indian voters, the elderly and retired who went out to vote for BN but lost the returnees — their children who returned from their work places in the Klang Valley who generally voted for Pakatan Rakyat.


These are the younger generation who live and work outside and are exposed to alternative views and could not be attracted by the old MIC ways of hampers, dances and songs.


“We have no use for these MIC tricks,” said P. Annamalai, 29, who took leave to not only vote for PR but also help campaign for the federal opposition in Kerling.

“My parents and sisters all voted for Barisan.”

PR also identified these outstation voters, and provided transport but BN insiders said the MIC never made these efforts to convince the younger generation.

“The MIC has written them off,” a MIC leader said. “The day Samy Vellu (MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu) leaves that’s the day we can begin to talk to them.”

In remarks made at the counting centre in Kuala Kubu Baru last night, MIC deputy president Datuk G. Palanivel, who was dropped as BN’s candidate for the younger and more PR savvy P. Kamalanathan, said he was ready to take over as MIC president.

“But Samy Vellu has to make way,” he said, implying he would patiently wait for Samy Vellu, who has been president since 1979, to leave.

Samy Vellu, when approached, said “this is not the right time” to talk about it.

Neither the MIC nor the Indian community are holding their collective breath for Samy Vellu to leave or for Palanivel to take over because the younger generation of Indians, as the voting pattern in Hulu Selangor confirms, has moved on.

PR’s only setback is that it lacks a unifying Indian leader with credibility who can speak well in Tamil and articulate the community’s concerns.

What it has now is a disparate group who go up the stage and either wobbles or shoots from the hip.

In 2008 it had Hindraf to ride on but now that the movement has split in so many different ways you would lose count.

Hindraf founder P. Uthayakumar is foolishly caught up with a scheme to create Indian-majority seats when the demography of the country is changing so rapidly that even Chinese-majority seats are gradually disappearing.

Samy Vellu’s refusal to see the writing on the wall is a major boon to the PR.

“We pray he continues as president for another decade,” said Bob Muniandy in jest.

Muniandy, from Shah Alam, is an example of an Indian alienated by the MIC.

He was a former hardcore support of Samy Vellu but is now with PR and was camped in Hulu Selangor for nine days campaigning for PKR.

He is also a key leader in the PAS Supporters Club and has roped in many working-class Indians to support PR, including PAS.

“Samy Vellu is out greatest asset,” he said in Kuala Kubu Baru as scores of Indian voters gathered to hear and agree.



9. Pengundi-pengundi juga terpaksa mengundi BN kerana janji-janji BN hendak melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk keselesaan dan membuka peluang pekerjaan untuk penduduk-penduduk Hulu Selangor.

BN membelanjakan RM167 juta bagi melaksanakan pelbagai projek untuk meraih undi di Hulu Selangor. Contohnya projek pembinaan jalan susur ke Lebuh Raya Utara-Selatan di Sungai Buaya amat berfaedah kepada rakyat apabila ia bakal memendekkan tempoh perjalanan antara 60 hingga 90 minit ke kawasan berkenaan.

Seterusnya dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini, BN yang dilengkapkan dengan pelbagai jentera daripada pelbagai agensi kerajaan telah menjanjikan beberapa projek berikut seperti pembinaan sekolah baru, tembatan banjir, penyediaan perumahan kepada peneroka,penyediaan bantuan baiki rumah, penyediaan peruntukan baik pulih masjid, peruntukan tambahan untuk baiki bumbung rumah pangsa dan banyak lagi janji-janji yang menarik hati pengundi-pengundi untuk mengundi BN.


Jadi BN haruslah ingat bahawa undian pengundi-pengundi Hulu Selangor itu bukanlah kerana mereka menyokong dasar-dasar BN atau menolak PAKATAN RAKYAT tetapi untuk melihat sama ada BN akan melaksanakan atau tidak janj-janji BN itu. Janganlah macam-macam dahulu, macam biasa, JANJI BN!


Hulu Selangor: Pengundi tunggu janji ditunaikan

Ahli parlimen baru Hulu Selangor P. Kamalanathan beramah-mesra dengan penduduk Felda di Sungai Buaya hari ini. – Gambar oleh Clara Chooi

HULU SELANGOR, 26 April — Penduduk Hulu Selangor gembira pilihan raya kecil di situ berakhir semalam dan berharap semua janji pihak yang terlibat bakal ditunaikan.

Mereka berharap wakil rakyat yang baru, P. Kamalanathan dari Barisan Nasional yang mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim, segera turun padang melihat masalah rakyat.

Pengusaha rumah rehat Seri Teratai, Murali Dharan, 51, berkata beliau berharap Kamalanathan dapat berkhidmat dengan baik.

Peniaga di Pasar Peladang Kuala Kubu Baru, Che Aminah Sulaiman, 45, pula berharap janji untuk memberikan peruntukan RM100,000 untuk menaik taraf pasar ditunaikan segera bagi keselesaan mereka berniaga.

Pekerja swasta, Abdul Hadi Hafzan, 29, pula menyambut baik langkah Kamalanathan yang ingin berpindah ke kawasan Hulu Selangor dari kediamannya di Rawang.

“Selalulah turun padang dan bertemu penduduk, walaupun tidak salur bantuan, bertanya khabar pun dah memadai,” katanya.

10. Pengundi-pengundi mengundi BN kerana BN mampu membuat penyelesaian segera.

Apa yang dikehendakki oleh rakyat adalah penyelesaian segera kepada masalah-masalah yang mereka hadapi dan bukannya membincangkan isu-isu yang tidak begitu penting untuk tahap mereka, isu-isu yang tidak begitu penting untuk kehidupan harian mereka.

Isu-isu tempatan seperti masalah pemilikan tanah di kampung baru, orang asli, peneroka Felda dan masalah pampasan penduduk Sungai Buaya serta masalah kebajikan penduduk adalah lebih popular dan lebih perlu di uatamakan bagi penduduk-penduduk Hulu Selangor ini.

"Isu
nasional seperti Apco tidak laku di sini. Gelombang pemikiran orang Hulu Selangor tidak sampat ke tahap itu," kata seorang petugas PKR di Hulu Selangor yang enggan namanya didedahkan.


BN perlu mendapat lebih 70 peratus daripada 17,000 pengundi di Hulu Bernam jika mahu parti itu dalam keadaan selesa berdasarkan kedudukan semasa pengundi Kuala Kubu Baru dan Batang Kali yang cenderung kepada PKR.


BN juga berjaya menyelesaikan beberapa isu tertunggak antaranya masalah pampasan tertunggak 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya, pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya, bantuan dana khas kepada masyarakat India di bawah Tekun, masalah banjir di Kampung Sentosa, masalah bumbung rosak di Bukit Beruntung dan pembinaan sekolah jenis kebangsaan Cina di Bukit Beruntung.








11. Bahan-bahan kempen PKR dilarikan oleh ahli-ahli PKR yang keluar parti.

Saya mendapat maklumat bahawa bahan cetakan seperti poster dan bendera di sabotaj oleh ahli-ahli PKR yang keluar parti. Lebih kurang 3 kontena bahan kempen itu dicuri dan disembunyikan. Bayangkan dengan ujian dan cabaran seperti ini, bagaimana PR boleh bekerja dengan baik.



APA KATA KHALID IBRAHIM!


Dulu saya kalah juga semasa pilihanraya kecil di Ijok, tapi sekarang saya Menteri Besar Selangor - Tan Sri Khalid Ibrahim


Nota: Kekalahan PAKATAN RAKYAT hanyalah bersifat sementara, kerana rakyat terpaksa demi mendapatkan hak-hak mereka. Sebenarnya dalam PRK ini RAKYAT YANG MENANG bukannya BN. Rakyat berjaya mengikat BN untuk menunaikan janji-janji PRK ini dan BN tidak mempunyai kekuatan semacam ini dalam PRU nanti, kerana rakyat seluruh negara bangkit ketika itu.

APA KATA NIK AZIZ!

“Walaupun kita gagal dalam memenangkan calon, kita kena ingat di Malaysia ini banyak kawasan yang pembangkang kalah pada pilihan raya kecil tetapi boleh menang balik pada pilihan raya besar (umum), termasuk di Kelantan ini, di Pengkalan Pasir.

“Di Pengkalan Pasir, pada waktu pilihan raya kecil kita kalah 100 undi lebih, tetapi apabila datang pilihan raya besar (umum) kita menang dengan kelebihan 2,000 undi lebih, di Kedah juga ada tempat iaitu Pendang pun kita kalah pada pilihan raya kecil tetapi menang pada pilihan raya besar (umum),” katanya


APA KATA LIM KIT SIANG!

Kekalahan di Hulu Selangor perlu dianggap sebagai satu langkah ke hadapan untuk mempersiapkan diri menghadapi saingan yang lebih hebat dalam pilihan raya umum nanti.

“Sama seperti Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor); beliau kalah dalam pilihan raya kecil Ijok pada 2007. Tetapi beliau kembali menang pada 2008. Kekalahannya di Ijok telah menjadi satu platform kepada kita untuk menawan kerajaan negeri Selangor. Biarlah Hulu Selangor menjadi Ijok yang kedua kepada kita,” katanya.